Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Harimau Malaya terkulai di Stadium Hang Jebat

AKSI lincah penyerang Malaysia, Akhyar Rashid (tengah) ketika cuba melepasi pertahanan Kyrgyztan padMELAKA 16 Okt. – Skuad Harimau Malaya tewas tipis 1-0 kepada Republik Krgysztan dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Hang Jebat, di sini sebentar tadi.

Dalam perlawanan seimbang itu, Malaysia banyak melakukan percubaan menerusi gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan kapten pasukan negara, Zaquan Adha Abdul Razak namun tidak berjaya mendapat sentuhan penyudah.




Pasukan lawan turut melakukan asakan, namun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che berjaya menafikan beberapa percubaan oleh pemain lawan pada minit ke-19 dan minit-24.

Malaysia turut menggandakan asakan pada penghujung babak pertama menerusi Zaquan yang melakukan tandukan pada minit ke-41 namun mudah diselamatkan penjaga gol Matish Pavel selain gerakan solo Norshahrul yang menewaskan tiga pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke 43 namun sekali lagi digagalkan Matish.



PEMAIN Malaysia melambaikan tangan kepada para penyokong selepas tewas tipis 1-0 kepada pasukan KyrgBersambung babak kedua, gol tunggal hadir pada minit ke-68 menerusi sepakan kencang deras pemain lawan, Sagynbaev Bekzhan yang memecahkan kebuntuan selepas menewaskan Khairul Fahmi.

PEMAIN Malaysia melambaikan tangan kepada para penyokong selepas tewas tipis 1-0 kepada pasukan Kyrg

Malaysia cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun tidak berjaya walaupun Republik Kyrgyzstan bermain dengan 10 orang selepas pemainnya, Iusupov Mustafa dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan pengadil pada minit ke-80 dan keputusan itu kekal sehingga tamat wisel perlawanan. – UTUSAN



,