Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Bertengkar kerana caj parking RM3

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video memaparkan seorang lelaki memarahi penjaga tempat letak kereta di sebuah hotel di ibu negara yang viral di media sosial baru-baru ini berlaku pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut laporan pengadu, suspek mula berbuat demikian selepas penjaga tempat letak kereta itu enggan menaikkan palang keluar hotel itu selepas mendapati suspek tidak membayar tiket berjumlah RM3.




“Kita terima laporan dari pengadu yang juga penjaga tempat letak kereta itu pada 19 September lalu, mangsa tidak mengalami kecederaan serius, cuma cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa.