Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lukaku pilih Juventus, mahu bermain bersama Ronaldo

Image result for Romelu LukakuPENYERANG sensasi Manchester United Romelu Lukaku terbuka untuk berpindah ke Juventus.

Lukaku yang menyertai United musim lalu dari Everton dengan nilai perpindahan 75 juta pound dikritik berikutan aksi hambarnya sejak kebelakangan ini.




Dia gagal memberi persembahan terbaik dan hanya menjaringkan satu gol dalam sebelas penampilan.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui agak kecewa tempohnya di United.

Ketika ditanya oleh Gazzetta dello Sport sama ada dia bersedia untuk berpindah ke Series A, Lukaku menjawab: “Kenapa tidak? Saya harap ia berlaku.”



Lukaku percaya jika ke Itali, dia lebih berminta berada dengan kelab juara kerana kejayaan mereka dan peluang bermain bersama Cristiano Ronaldo.

“Juve mempunyai projek berterusan yang baik. Setiap tahun mereka cuba untuk lebih kuat.

“Tanpa keraguan, Juve salah satu kelab yang terbaik di Eropah.

“Mereka mempunyai jurulatih hebat dan pemain yang luar biasa di setiap sudut,” ujarnya.\