Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kontroversi gambar Piala Malaysia, Presiden PAFA minta maaf

Image result for Hasnul ZulkarnainBAGAN SERAI: Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim memohon maaf terhadap perbuatannya bergambar dengan trofi Piala Malaysia dalam keadaan dikatakan tidak sepatutnya yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.




Hasnul Zulkarnain berjanji akan memadam semua gambar berkenaan dalam media sosial miliknya terutama gambar bersama trofi berkenaan di tepi kolam renang.

“Saya meminta maaf, saya berjanji akan menarik balik gambar-gambar berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, table, text and outdoor



Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoorBeliau yang juga EXCO kerajaan negeri berharap perkara itu tidak diperbesarkan lagi, tambahan pula trofi berkenaan sudah dibawa balik ke Perak.

Hasnul Zulkarnain enggan mengulas di mana gambar itu dirakamkan tetapi difahamkan di kawasan penginapan di Lembah Klang.

Perbuatan beliau itu mendapat kritikan daripada pelayan media sosial yang menganggap tindakan itu tidak sesuai. – Berita Harian



,