Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

England malukan Sepanyol

Sterling argues with Spain's Paco Alcacer as both sides clash during an eventful and dramatic second half in SevilleSEVILLE, Sepanyol: Raheem Sterling meledak dua gol ketika membantu England mencipta kejutan besar dalam era bola sepak moden selepas menumbangkan Sepanyol, 3-2 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, di Seville, awal pagi tadi.

Walaupun beraksi di laman lawan, England yang dibimbing Gareth Southgate mempamerkan aksi terbaik mereka ketika berdepan Sepanyol yang dikemudi pengendali baharu, Luis Enrique.

Hasilnya, mereka mencipta kejutan bahkan dianggap lebih menarik berbanding ketika menewaskan Jerman, 5-1 di Munich pada 2001.




Marcus Rashford juga meledak jaringan ketika England selesa mendahului tiga gol, yang menyaksikan Sepanyol ketinggalan tiga kali di laman sendiri – pertama kali dalam sejarah bola sepak negara mereka.

Paco Alcacer, yang masuk sebagai pemain gantian merapatkan jurang menerusi gol pertama bagi menghidupkan peluang Sepanyol untuk bangkit, namun England kukuh bertahan sehinggalah Sergio Ramos menjaringkan gol kedua pada minit ke-98.

Kemenangan itu membolehkan England meraih peluang untuk berada di kedudukan teratas Kumpuan 4, mengambil alih kedudukan Sepanyol dan hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan ranking teratas.

Dalam aksi pagi tadi, Sterling membuka tirai jaringan yang juga gol pertamanya untuk England dalam tempoh 1,102 hari dan menambah gol kedua, 22 minit selepas itu.



Sterling was busy in the opening stages as he controlled the ball and dribbled deep into the Spain halfKali terakhir England menang ke atas Sepanyol ialah pada 1987 dan ketika itu, Gary Lineker meledak jaringan terakhir England ketika mereka bertandang ke laman lawan.

Dengan kekuatan pasukan yang bersandarkan purata umur pemain 23 tahun, Southgate membuat pertaruhan besar apabila menurunkan pemain muda, tetapi mereka membalas kepercayaan itu dengan aksi cukup menyakinkan.

Bagi Sepanyol, kekalahan itu memerlukan mereka segera mengkaji kelemahan walaupun skuad bimbingan Luis Enrique itu sudah meledak 12 gol dalam tiga penampilan setakat ini.

Harry Kane juga beraksi cemerlang selaku penyerang kedua England. Dia memenangi pertarungan fizikal dengan Ramos ketika merebut bola muntah Pickford, sebelum memperdayakan Nacho menerusi gerakan ke belakang yang menakjubkan dan melakukan hantaran kepada Rashford untuk melakukan jaringan gol yang cukup mudah. – AFP



,