Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dua sahabat maut terhidu gas dalam kereta

Pasukan bomba cuba membuka pintu kereta kedua-dua mangsa yang ditemui meninggal dunia kerana terhiduKINABATANGAN – Dua rakan sekerja ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.46 pagi tersebut mangsa, Mohd.Fitri Haimin dan Mohd.Helmi Muhammad masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana dipercayai terhidu gas karbon monoksida.




Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat berkata, maklumat daripada orang awam mendapati terdapat dua lelaki seperti sedang tidur di dalam sebuah kereta dengan enjin yang masih hidup.

“Hasil pemeriksaan dari luar kereta orang awam mengesyaki kedua dua lelaki berkenaan telah mati kerana tiada sebarang tindak balas apabila cermin kenderaan diketuk beberapa kali.

Dua sahabat ini ditemui maut di dalam kenderaan di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Dat“Pada ketika itu, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi di kerusi penumpang bahagian hadapan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.



Dua sahabat ini ditemui maut di dalam kenderaan di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad DatDua sahabat ini ditemui maut di dalam kenderaan di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu di Kinabatangan hari ini. – Foto ihsan bomba

Tambah Sahak, kedua-dua lelaki terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba dan penyelamat membuka pintu kereta tersebut.

“Justeru, kedua-dua mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat esok,” ujarnya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – K! ONLINE