Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Terengganu City dakwa FAM tak adil

Image may contain: 11 people, people smiling, textKUALA TERENGGANU: “Kami rasa pelik, seolah-olah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada agenda tersembunyi tidak mahu TCFC (Terengganu City FC) beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan apabila kerap menimbulkan isu berkaitan tuntutan gaji bekas pemain, seolah-olah kami sudah bersalah.”

“Tapi mungkin tak ramai tahu FAM juga masih berhutang dengan kami apabila geran TCFC musim lalu sebanyak RM100,000 yang sepatutnya kami terima masih belum diterima lagi hingga kini, malah lebih mendukacitakan wang kemenangan RM200,000 yang sepatutnya dihadiahkan kepada pemain selepas muncul juara Piala FAM baru-baru ini masih belum diterima lagi,” kata pengurus TCFC, M Rezal Abu Bakar.

Beliau juga hairan kerana sehingga kini FAM tidak pernah memanggil pihak pengurusan TCFC ataupun menghantar surat berhubung tuntutan gaji bekas pemain.




“Buat pengetahuan, kami hanya tahu perkara itu (tuntutan gaji pemain) melalui media dan bukannya melalui surat rasmi daripada FAM ataupun bersemuka dengan pegawai badan induk bola sepak Malaysia itu.

“Hal ini bagi kami jelas tidak adil kerana FAM hanya mendengar daripada sebelah pihak iaitu daripada pemain bukannya daripada kedua-dua belah pihak untuk kami membela diri.





“Kami hormati dan patuh dengan peraturan FAM, tapi kami rayu agar FAM berlaku adil dan selesai masalah itu secara profesional dan berhemah termasuk memanggil kami bukannya mencari kesalahan semata-mata demi pembangunan bola sepak negeri dan negara,” kata M Rezal.

Sebelum ini FAM bagaikan mempertikaikan kemampuan skuad The Sharks itu yang bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji kepada enam bekas pemainnya berjumlah RM283,000.

Malah lebih membimbangkan badan induk bola sepak negara itu tidak mahu skuad berpangkalan di Terengganu itu menarik diri sebelum liga berakhir sebagaimana pasukan Kuantan FA kerana masalah kewangan.