Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rahsia permulaan sempurna Watford

Image result for WatfordHERTFORDSHIRE, England: Pertahanan Watford, Christian Kabasele mendedahkan faktor diet permakanan yang sihat menjadi kunci di sebalik permulaan sempurna The Hornets bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.




Watford setakat ini menang semua empat perlawanan awal musim termasuk ketika mengejutkan Tottenham 2-1, dua minggu lalu.

Pertahanan Belgium itu percaya revolusi dibawa rejim Javi Gracia yang menggalakkan permakanan berunsurkan sayur-sayuran dan bijirin memastikan pemain Watford kekal segar dan tidak mengalami sebarang kecederaan otot.

“Diet pemakanan kami amat berbeza berbanding musim lalu,” kata Kabasele. “Kami digalakkan makan lebih banyak buah avokado dan bijirin berasaskan tanaman quinoa.

“Malah, pengambilan nasi dan pasta juga dikurangkan sepanjang minggu. Hanya sehari sebelum perlawanan dan sehari selepas perlawanan kami mengambilnya. Makanan berasaskan kacang pula dilarang.

“Kali pertama tiba ke sini, saya melihat pemain di sini sering dihidangkan dengan telur dan kacang merah.

“Bila kali pertama bos mengubah diet pemakanan, kami agak terkejut tapi hasilnya kini kami menunjukkan peningkatan.

“Kami lebih segar, kekal cergas hingga babak kedua dan langsung tidak mengalami masalah kecederaan otot.”


Prestasi cemerlang awal Kabasele adalah reaksi paling sempurna untuknya selepas dipinggirkan daripada skuad Piala Dunia Belgium.

Sama seperti rakan sepasukannya, dia dapat merasakan manfaat daripada rehat lima minggu dan latihan penuh pramusim selain ikatan hubungan yang lebih kuat di bawah Gracia, yang memperkenalkan sesi senaman yoga setiap hari dan sistem denda lebih ketat.

“Kami daftar masuk ke sesi latihan menggunakan iPad. Jadi pengurus akan tahu pukul berapa kami sampai ke pusat latihan.

“Sebelum ini kami perlu melapor diri pada jam 9 pagi dan ada sesetengah pemain tiba jam 10 pagi. Sekarang tiada ruang lagi untuk isu sebegitu. Jika anda tidak sampai jam 9 pagi anda didenda £100 (RM540) bagi setiap minit yang lewat dan selepas itu perlu ke pejabat pengurus untuk menjelaskan sebab kelewatan.” – Agensi



, ,