Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelancong selamatkan dua mangsa lemas tuntut ganti rugi kerana ‘rosakkan’ percutiannya

Image result for Steven Tartt, 32SEORANG pelancong yang menyelamatkan dua kanak-kanak daripada lemas di sebuah kolam renang hotel, menuntut ganti rugi kerana kejadian itu ‘merosakkan’ percutiannya.

Steven Tartt, 32, yang berasal dari Seaforth, England, menyaksikan dua kanak-kanak yang hampir lemas di kolam renang di hotel Victoria Playa di Santo Tomas di Menorca, Sepanyol.

Dia kemudian bergegas terjun ke kolam dan menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, bapa dua anak itu mendakwa dia begitu terkesan dengan insiden trauma itu sehingga membuat dia terpaksa mengambil cuti seminggu daripada bekerja.




Dia juga berang kerana penjaga yang bertugas di kolam renang gagal membantu mangsa, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.

Dua bulan selepas percutian itu, Steven memuat naik status di Twitter menyuarakan kekesalannya kerana tidak menerima ganti rugi berhubung insiden itu.

Bercakap kepada Liverpool Echo, ketika kejadian, dia sedang menyapu krim pelindung cahaya matahari di badannya.

Jelasnya, syarikat kumpulan pengembaraan TUI bahawa tidak mempedulikan tuntutannya.

“Mereka sepatutnya bertanggungjawab atau sekurang-kurangnya menawarkan sesuatu kerana merosakkan percutian saya kerana hotel yang mereka gunakan, tidak mengupah kakitangan yang berkebolehan. Mereka bagaimanapun enggan mengambil sebarang tindakan.

“Mereka tidak akan meminta hotel untuk mengambil tindakan kerana merasakan ia akan membahayakan hubungan dan kehilangan urusan perniagaan dan wang. Mereka kata kerana saya memilih untuk terjun masuk dan menyelamatkan kanak-kanak ini dan melakukannya sendiri, maka ia adalah tanggungjawab saya.



“Jadi jika saya hanya duduk dan menyaksikan dua kanak-kanak lemas, kerana hotel yang anda gunakan tidak menggunakan seseorang yang ada untuk melakukan pekerjaan ini, maka saya perlu mendapat sesuatu kerana ia telah merosakkan percutian saya!,” tegasnya.

TUI bagaimana tidak bersetuju dengan pendirian Tartt, dan jurucakap syarikat berkata: “Kami yakin semua orang mengucapkan terima kasih kepada Encik Tartt di atas tindakannya yang berani.

“Kami minta maaf mendengar dia tidak berpuas hati kerana tidak menerima ganti rugi, kerana kami merasakan sokongan yang paling sesuai yang kami sediakan adalah untuk menawarkan akses percuma kepada rakan bebas kami di Pusat Krisis Psikologi (CCP).

“Kami ingin meyakinkan semua pihak bahawa rakan hotel kami mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap dengan kakitangan yang terlibat,” katanya. – Mirror Online UK