Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pasangan kekasih buat ‘projek’ dalam pasar raya diburu polis

GARA-gara melakukan hubungan seks di sebuah pasar raya, sepasang kekasih kini menjadi buruan polis Thailand.




Gambar dan klip video pasangan kekasih yang sedang membuat ‘projek’ itu itu menjadi tular di Facaebook SSBN yang merupakan  laman perkongsian gambar atau klip video yang tidak senonoh.



Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan baju-T manakala wanita memakai gaun berwarna merah sedang melakukan hubungan seks di ruang jualan peralatan mencuci tandas.

Pengunjung pasar raya yang lain turut melihat adegan tersebut dan memberi komen yang rata-ratanya negatif.

Pegawai polis Thai memberitahu mereka telah melihat rakaman gambar tersebut dan sedang menjalani siasatan dan mencari pasangan kekasih itu.