Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mourinho puji anak buah tewaskan Watford

Manchester United centre back Chris Smalling scores their second goal of the game against Watford in the 38th minuteWATFORD, England: Jose Mourinho memuji semangat juang Manchester United apabila mereka berjaya mengekang asakan lewat Watford sebelum menang 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris sekali gus mengendurkan tekanan dihadapinya, awal pagi tadi.

United berdepan permulaan buruk musim ini, tewas dua daripada empat perlawanan dan tercicir daripada rentak dimainkan Liverpool, Chelsea dan Watford.

Namun dua gol dalam tempoh tiga minit babak pertama menerusi Romelu Lukaku dan Chris Smalling membolehkan mereka bernafas lega dan meletakkan mereka di laluan selesa untuk menamatkan rekod sempurna Watford sebelum ini.




Dikejutkan dengan penyudah United pada babak pertama, Watford bagaimanapun berjaya mengurangkan jurang menerusi Andre Gray namun ia seakan sudah terlambat untuk mencari gol penyamaan.

Mourinho yang kelihatan tenang memuji Lukaku dan Marouane Fellaini.

“Saya amat gembira dengan tiga mata ini. Saya gembira dengan sesuatu yang mewakili diri saya dan juga semangat pasukan – contohnya Lukaku apabila dia melakukan terjahan selepas berlari 50m ke bawah bagi membantu pasukan.”

Jurulatih dari Portugal itu berkata, beliau memilih Fellaini untuk menguatkan benteng pertahanan dalam beberapa perlawanan terdahulu selepas kesilapan di bahagian itu mencetus kekalahan kepada Brighton dan Tottenham.


Lukaku is surrounded by his team-mates after breaking the deadlock in the 35th minute of the Premier League encounter“Saya berasakan pertahanan tengah saya, mereka kini tidak stabil dan memerlukan seseorang untuk menyokong mereka terutama dari segi fizikal.

“Namun, Marouane memberikan kami lebih daripada itu – dia memberikan kami apa yang diinginkan tapi dia juga memberikan kami kualiti dan memudahkan lagi permainan.”

Dalam pada itu, permainan juga menyaksikan drama apabila Nemanja Matic dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua namun penjaga gol David De Gea bijak mengekang tandukan Christian Kabasele di hujung perlawanan.

Pengendali Watford, Javi Gracia yang hadir pada perlawanan itu berbekalkan empat kemenangan berturut-turut berkata, pasukannya tidak begitu menyerlah pada babak pertama namun menunjukkan peningkatan selepas perbincangan bersama.

“Saya fikir pada babak kedua, pemain menunjukkan peningkatan dan kami mampu bangkit selain cuba mencipta lebih banyak peluang, lebih menguasai bola dan mampu menyaingi lawan,” katanya. – AFP



,