Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mendapatkan hak penyiaran perlawanan UEFA bukan mudah – Astro

KUALA LUMPUR: Astro menamatkan teka-teki mengenai siaran langsung bola sepak Liga Juara-juara Eropah (UEFA) apabila sah akan menyiarkannya menerusi saluran televisyen berbayarnya.

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan secara eksklusif di Astro TV dan Astro Go.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Sukan Astro, CK Lee.

Perbincangan berkaitan hak penyiaran perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) sebelum ini hangat diperbincangkan di media.

Menurut Lee, hakikatnya perbincangan berkaitan hak penyiaran ini tidak bersifat secara langsung di pihak Astro dan penganjur kejohanan, malah ianya bukan satu proses yang mudah.

“Hak perlawanan terbabit telah diperolehi oleh sebuah operator global, Dazn. Untuk tontonan di Malaysia, Dazn menyerahkan sub-lesen penyiaran kepada operator serantau,” kata Lee.

Untuk itu, Astro berbangga sekali lagi menjadi stesen penyiar rasmi bagi kejohanan berprestij ini.

Terdahulu Peminat bola sepak sebelum itu meluahkan kekecewaan menerusi media sosial terhadap stesen TV berbayar itu yang mereka dakwa gagal mendapatkan hak siaran Liga Juara-juara UEFA musim ini.

Antaranya meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sedangkan mereka telah membayar yuran langganan Astro yang agak mahal pada setiap bulan.

Astro bagaimanapun menjelaskan isu itu sedang diatasi dan mereka sedang berbincang dengan pihak berkaitan.

,