Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Manchester United, Real Madrid menang bergaya

Pogba opened the scoring with a brilliant effort from just inside the box as he slammed the ball into the top cornerBERN, Switzerland 20 Sept. – Jose Mourinho memuji Paul Pogba yang dianggap berada dalam kelas tersendiri selepas bintang tengah Perancis itu menjadi inspirasi Manchester United ketika menang 3-0 ke atas kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi sulung Liga Juara-Juara, hari ini.

Pogba menjaringkan dua gol menerusi rembatan kaki kiri dan sepakan penalti, selain mencipta gerakan untuk gol ketiga yang disempurnakan oleh Anthony Martial.




“Persembahan yang bagus.

“Dia (Pogba) amat mantap, berada dalam kelas tersendiri dan memberikan kelajuan yang kami perlukan.

“Dia mengawal tempo dan sudah tentu sangat tajam di depan pintu gol,” kata pengendali United itu kepada BBC.

Bale's goal added greater security to Real Madrid's lead, which was deserved given their dominance on the nightSementara itu Real Madrid juga mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Roma di gelanggang sendiri.

Gol-gol Real dijaringkan oleh Isco (45),G Bale (58),M Díaz Mejía (90+1)

Keputusan penuh

KUMPULAN E

Ajax 3 AEK Athens 0

Benfica 0 Bayern Munich 2


KUMPULAN F

Shakhtar 2 Hoffenheim 2

Man. City 1 Lyon 2

KUMPULAN G

Real Madrid 3 AS Roma 0

Viktoria 2 CSKA Moscow 2

KUMPULAN H

Valencia 0 Juventus 2

Young Boys 0 Man. United 3

Real Madrid 3 AS Roma 0

Young Boys 0 Man. United 3



,