Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

LTK mahu tiga mata, ‘Arjen Robben’ ancaman Malaysia

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Lim Teong Kim percaya anak didiknya mampu meraih tiga mata ke atas Tajiskistan pada aksi sulung Kumpulan A Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Jika misi itu berjaya, peluang skuad muda negara untuk layak ke suku akhir agak terbuka kerana aksi kedua dan ketiga menentang Thailand serta Jepun selepas itu dijangka sengit bagi memburu dua tempat terbaik kumpulan.




Jelas Teong Kim, sekarang bukan masa yang sesuai untuk memikirkan mengenai kelebihan pasukan lawan, sebaliknya lebih gemar untuk melihat kekuatan anak didiknya sendiri dalam aksi pertama itu.

“Semua pasukan yang layak ke pusingan akhir Kejohanan ini adalah terbaik dan sudah tentu masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama itu, tambahan pula kita tidak pernah bertemu sebelum ini.

“Namun berdasarkan video perlawanan mereka di peringkat kelayakan AFC tempoh hari, saya yakin kita boleh melepasi halangan itu dengan syarat pemain perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang,” kata bekas pengendali akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich itu.



Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian ketika menyaksikan aksi persahabatan antara Tajikistan dan kelab tempatan, CIMB-YFA di Padang Latihan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Taman Pudu Ulu, Ahad lalu, jelas kelihatan jentera tengah skuad kendalian Zainidin Rakhimov cukup kreatif dalam membina serangan ketika menang 10-1.

Aksi licik pemain sayap kanan, Ibrokhim Zokirov yang sering menyelinap masuk dari tepi dilihat bagaikan jelmaan tonggak Bayern Munich, Arjen Robben yang mampu menghadirkan masalah buat pertahanan Malaysia sekiranya pergerakannya tidak dikunci.

Malah, ketua pasukannya Emomali Ahmadhon yang bermain bersama kelab divisyen satu di neraganya, Lokomotiv-Pamir juga harus diberik perhatian serius kerana memiliki kepantasan dan visi untuk mengkucar-kacirkan kubu negara.

Pada pusingan kelayakan AFC tahun lalu, Tajikistan muncul juara Kumpulan B selain turut mencatat 17 gol tanpa bolos untuk meraih sembilan mata bagi mengatasi Syria, Oman dan Maldives.



,