Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liridon menconteng arang ke muka sendiri

Related imageTidak dinafikan, Liridon Krasniqi antara pemain import terbaik yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia. Malah, dia juga mungkin boleh dianggap sebaris dengan pemain import lain yang pernah mewakili skuad negeri Jelapang Padi itu.

Antara yang boleh dinyatakan disini ialah pemain import dari Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban pada era 90an termasuk Marlon Alex James serta Nelson San Martin.

Ini adalah berdasarkan corak permainannya di atas padang sebagai pakar ‘assist’ buat skuad Hijau Kuning yang kembali menikmati kegemilangan sejak pemain dari Kosovo itu bersama Kedah pada 2015 apabila pasukan ini kembali beraksi dalam Liga Super pada 2016.





Image may contain: 1 person, textNamun, ketika dia akan dikenang sebagai legenda bola sepak Kedah jika tidak lagi bersama pasukan ini suatu hari nanti, Liridon bagai ‘menconteng arang ke muka sendiri’ apabila berkelakuan tidak profesional terhadap bekas pengendali pasukan, Nidzam Adzha Yusof.

Dia tampil mengecam secara terbuka Nidzam yang disifatkannya punca utama disebalik kegagalan skuad Lang Merah melepasi peringat kumpulan saingan Piala Malaysia musim ini dengan mendakwa jurulatih itu sebagai pengecut dan lari begitu saja meninggalkan pasukan.

Malah, dia juga menyindir Nidzam hanya pandai bercakap terutama ketika ditemubual oleh pihak media. Luahan pedas Liridon itu cetus kontroversi apabila ia ‘viral’ di laman media sosial sebelum dia bertindak memadamkan kenyataan itu selepas menyedari dirinya menjadi bahan kecaman penyokong Kedah.

Tuduhan melampau Liridon turut mendapat kritikan oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah KFA yang menyifatkan pemain tengah itu sebagai tidak profesional. Malah, tindakannya juga turut mendapat teguran daripada Pengerusi Malaysia Football League MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun, apa yang berlaku ini jika dilihat dari satu sudut, Liridon seolah tersilap langkah dalam mengeluarkan kenyataan. Ini kerana saya difahamkan, keputusan Nidzam berundur diri ada kaitan dengan gerakan dalaman pasukan yang menjatuhkannya.



Jika dilihat status yang dimuatnaik oleh Liridon dalam gambar terbaru di Instagram miliknya ada menyebut ‘Huge Respect for a NewBorn Coach Aazmi’. Timbul persoalan, adakah mereka mempunyai kaitan dengan yang yang saya sebutkan di atas tadi?

Sukar untuk mendapatkan kesahihannya, namun apa yang diluahkan Liridon secara terbuka kepada Nidzam tampak sudah ada jawapannya kerana Liridon seolah buka pekung sendiri!

Kontrak Liridon bersama Kedah akan berakhir hujung tahun ini dan saya berpendapat, dia tidak harus dikekalkan kerana bagi saya, sikap besar kepala mampu menjadi barah dalam pasukan di masa akan datang.

Mungkin, ini pengakhiran buat Liridon, selamat jalan Mat Don!

Sumber stadiumastro



, , ,