Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki dapat ‘anu bionik’

Andrew Wardle Andrew Wardle, 44, was born without a penis but had a bionic manhood fitted in an 10-hour operation in June Caterer, from Manchester, had a ??50,000 penile implant operation at University College Hospital London After activating a button in his groin to pump up his 'ridiculously big' new penis, he finally lost his virginity His girlfriend Fedra, from Budapest, Hungary, said the sex was 'amazing' and Andrew's penis looks normalLondon: Seorang lelaki yang dilahirkan tanpa alat kelamin kini boleh menjalani kehidupan seksual selepas dipasang zakar ‘bionik’ yang diperbuat daripada tisu dan kulitnya sendiri ketika berusia 45 tahun.




Andrew Wardle, dari Manchester, menjalani pembedahan memasang zakar tiruan berkenaan di Hospital Kolej Universiti London (UCLH) Jun lalu, dengan kos £50,000 (RM270,195).

Doktor memasang pam mini dalam zakar tiruan yang berfungsi dengan mengaktifkan butang pada paha dan pam akan menyalurkan cecair salina bagi membolehkan organ itu menegang.

Andrew WardleMenurut Daily Mail, doktor menggunakan kulit dan tisu lengan kiri serta urat dari kaki kanannya untuk membentuk zakar tiruan berkenaan sebelum mencantumkannya ke tubuh Wardle.



Lelaki itu menunggu selama enam minggu sebelum boleh bersama dengan teman wanitanya, Fedra Fabian buat pertama kali dan pasangan berkenaan merancang untuk bercuti di Amsterdam.

Wardle, pemilik syarikat penyediaan makanan yang lahir tanpa kemaluan itu menjalani beberapa pembedahan ketika kecil untuk membolehkannya membuang air kecil dan keadaan itu menyebabkan dia mengalami kemurungan yang teruk.

Dia pernah cuba membunuh diri pada 2012 tetapi dia menemui sinar harapan selepas bertemu pakar urologi, Dan Wood dari UCLH.