Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ketulan emas terbesar dunia

Image result for Henry DoleCanberra: Seorang pelombong terkejut apabila menemui ketulan emas seberat 89 kilogram (kg) dianggar bernilai £2 juta (RM10.8 juta) sekali gus menjadi ketulan emas paling berat pernah ditemui dalam sejarah.

Henry Dole membuat penemuan bersejarah itu ketika bekerja di lombong Beta Hunt milik syarikat RNC Minerals berhampiran Kambalda di barat Australia baru-baru ini.




Ketulan emas seberat 89 kg itu memerlukan tiga lelaki untuk mengangkatnya sebelum mereka mengeluarkan 40 ketulan emas lain yang semuanya dianggar bernilai £10 juta (RM54 juta).

Penemuan itu memecahkan rekod ketulan emas dikenali sebagai Welcome Stranger seberat 78.10 kg yang turut ditemui di Australia.

Daily Star melaporkan, Dole turut menemui ketulan emas seberat 60 kilogram yang dianggar bernilai £1.5 juta (RM8.1 juta).

Pekerja itu menemui ketulan emas berkenaan ketika bekerja di satu kawasan sedalam 500 meter di lombong berkenaan.

Biggest Gold Nugget in History (Twitter)Dole berkata, dia mempunyai pengalaman melombong emas selama 16 tahun dan tidak pernah menemui ketulan emas sebesar itu.



“Ketika menggerudi, saya melihat kilauan emas dari celah lubang dan terus terfikir “Ada sesuatu di sini,” katanya.

Ketua eksekutif RNC Minerals, Mark Selby berkata, penemuan ketulan emas sebesar itu adalah pengalaman sekali seumur hidup.

“Penemuan ini menunjukkan Beta Hunt boleh menjadi lombong emas yang sangat besar,” katanya.

Menurutnya, pengawal bersenjata bakal mengawal ketulan emas itu ketika ia dibawa ke peti keselamatan dan kawalan keselamatan di lombong itu juga diperketatkan.