Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelantan anjur pertandingan bina badan patuh syariah

Gambar Hiasan

Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan yang dinamakan Cabaran Mr Awang Selamat Kelantan 2018 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 13 Oktober depan.




Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak sepertimana pertandingan bina badan biasa.

“Setakat ini terdapat 50 peserta telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan tersebut,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.



Wan Roslan berkata pertandingan yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak di sini, mempertandingkan empat kategori iaitu Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke bawah), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke atas) dan Mr Awang Selamat Kelantan Pasak (Tertutup).

Beliau berkata pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai, keris serta piala. – Bernama