Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kami turun dengan mentaliti menang

PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin KUALA LUMPUR 22 Sept. – Biarpun sedar Thailand lawan yang lebih sukar berbanding Tajikistan, namun Malaysia turun bersama keyakinan tertinggi untuk meraih kemena­ngan ke­dua dalam Kejohanan Bawah 16 tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Selepas menang besar 6-2 dalam aksi pembukaan kelmarin, anak-anak buah Lim Teong Kim boleh menempah tiket ke pusingan kalah mati lebih awal jika menumpaskan Thailand, dan dalam masa sama Jepun menewaskan Tajikistan pada satu lagi saingan Kumpulan A.




“Thailand bukan pasukan mudah dan kami menghormati mereka, namun apa yang penting adalah persembahan kami sendiri.

“Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan seperti ketika menentang Tajikistan dan tampil dengan aksi lebih mantap.

“Saya sedar, rakyat Malaysia mengharapkan keputusan baik daripada kami, malah mahu melihat kami layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru tahun depan. Jadi, janji kami…Kami akan lakukan segala-galanya untuk cuba mencari kemenangan.



“Sudah empat tahun kami berlatih, berjuang dan berkorban bersama untuk menyiapkan pasukan dan memburu tiket Piala Dunia, jadi kami tidak akan sia-siakan peluang,” kata ketua pasukan Malaysia B-16, Muhammad Hariz Mansor.

Hanya empat pasukan terbaik daripada 16 negara yang bertanding dalam Kejohanan B-16 AFC meraih slot automatik ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Saksikan secara streaming di www.bptvstream.com

“Kami tiada tekanan, jurulatih pun hanya mahukan kami melakukan yang terbaik. Jadi, kami akan beraksi seperti biasa dengan mengambil serius setiap perlawanan,” kata Hariz lagi.

Malaysia kini mendahului Kumpulan A dengan berkongsi tiga mata bersama Jepun, yang mengalahkan Thailand 5-2 dalam aksi pembukaan.



,