Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hati-hati kalau nak muat naik atau kongsi filem Munafik 2 – Syamsul

Image result for Syamsul YusofPELAKON dan pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof, memberi amaran keras kepada individu yang cuba memuat naik video filem itu di sosial media sebelum pihaknya mengambil tindakan.

Syamsul, 34, berkata, pihaknya tidak akan ragu-ragu menghantar surat guaman kepada individu yang dikesan berbuat demikian meskipun sudah diberi amaran.




“Hati-hati kalau nak muat naik atau kongsi filem Munafik 2 yang masih lagi ditayangkan di pawagam. Takut nanti surat guaman sampai depan rumah.

“Bukan susah nak kesan alamat protokol internet (IP) orang yang muat naik itu. Siap boleh dapat nombor kad pengenalan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Syamsul juga berkata, dia tidak takut jika individu berkenaan menyekat akaunnya selepas memberi amaran dan menegaskan tindakan sebegitu boleh dikenakan hukuman penjara.

“Kadang-kadang lepas bagi amaran, mereka terus sekat saya tapi mereka tidak tahu pasukan saya ada lebih 20 orang yang boleh tengok FB (Facebook) atau saluran YouTube mereka. Ada yang masih tidak faham apa yang mereka buat sebenarnya salah besar di sisi undang-undang Malaysia.



“Dakwaan bawah Akta Hak Cipta 1987 boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Video yang melebihi 15 saat adalah melanggar undang-undang hak cipta.

“Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan ke ke atas anda. Harap maklum,” katanya menerusi Instagram.

Munafik 2 yang dibintanginya bersama Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Mawi dan Fauzi Nawawi berjaya mencipta rekod apabila mengutip RM40 juta dalam masa 17 hari tayangannya.