Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hadi fokus Kejohanan B-19 AFC

Image result for Hadi FayyadhKUALA LUMPUR: Hadi Fayyadh Abdul Razak belum mencongak hala tuju kariernya musim depan demi memberi tumpuan kepada skuad muda negara yang sedang membuat persiapan menghadapi pusingan akhir Kejohanan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia di Indonesia, bulan depan.

Hadi, 18, yang kini bebas daripada sebarang ikatan selepas dilepaskan lebih awal oleh Johor Darul Ta’zim berkata, dia hanya akan memikirkan masa depannya selepas berakhir misi bersama skuad bimbingan Bojan Hodak itu.




“Ketika ini saya tidak fikir langsung perkara itu (mencari pasukan baru). Saya tidak perlu terburu-buru kerana masa masih panjang.

“Apa yang saya lakukan sekarang adalah memberi fokus 100 peratus kepada skuad B-19 yang akan bertanding di Kejohanan AFC, bulan depan kerana mahu memastikan kami mampu memberi saingan.

“Secara peribadi saya menyasarkan kami mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir bagi melayakkan Malaysia ke Piala Dunia B-20 di Poland, tahun depan,” kata Hadi.

Pada masa sama, menurut Hadi, dia mahu menjadikan Kejohanan AFC itu sebagai medan mengintai peluang beraksi dengan kelab profesional luar negara.

Malah, Hadi mengakui, dia kini menaruh harapan tinggi supaya sesi ujian bersama kelab divisyen dua Liga Jepun, Roasso Kumamoto, bulan lalu memberikan hasil positif.



Pada sesi ujian itu Hadi mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk membantu kelabnya mengalahkan Shizuoka Gakuen 5-2 dalam aksi persahabatan.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa berita daripada mereka. Saya memang berharap dapat menyertai kelab itu sebagai langkah awal untuk saya bermain di Liga J. Mungkin mereka mahu menilai saya di pertandingan AFC ini pula.

“Tapi, jika belum ada rezeki saya dengan kelab luar, saya akan terus beraksi di sini. Apa pun, sebarang langkah hanya akan difikirkan selepas saya pulang dari Indonesia nanti,” katanya.



,