Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FIFA tak setuju aksi La Liga di Amerika Syarikat

Image result for la liga at USAMADRID: Presiden FIFA, Gianni Infantino memberi bayangan tidak menyokong perancangan La Liga Sepanyol untuk melangsungkan pertemuan antara tuan rumah Girona dan Barcelona di Amerika Syarikat.

La Liga Sepanyol mahu perlawanan itu dilangsungkan di Miami pada 26 Januari depan, namun presiden badan induk bola sepak dunia itu tampak tidak berminat dengan idea itu.




“Saya fikir saya lebih gemar melihat hanya aksi penuh hebat MLS di AS berbanding La Liga di AS,” kata Infantino dalam satu kenyataan disiarkan FIFA, semalam.

“Dalam bola sepak, prinsip asasnya adalah anda perlu bermain aksi di laman sendiri di gelanggang anda sendiri, bukannya di negara lain.”

La Liga sudah mendapat persetujuan daripada Persekutuan Bolasepak Sepanyol yang membenarkan perlawanan itu diadakan di luar negara.

Pada masa sama, mereka perlu meyakinkan badan induk bola sepak – US Soccer, FIFA, UEFA dan CONCACAF untuk meluluskannya bagi meneruskan rancangan itu.

FIFA menjelaskan setakat ini belum ada kata putus memberikan persetujuan perlawanan itu diadakan di AS.

Sementara itu, Presiden La Liga, Javier Tebas tampil menjawab komen yang tidak dipersetujui Infantino di laman Twitter miliknya.

“Saya akan mengingatkan presiden FIFA bahawa dalam MLS ada tiga pasukan dari Kanada beraksi dengan Toronto FC adalah juara bertahan walaupun di Kanada mereka mempunyai liga profesional sendiri,” katanya. – AFP



,