Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ashraf Haikal Sambut Tawaran Kelab Ping Pong Jerman

Image result for Muhammad Ashraf HaikalTahniah buat atlet ping pong negara, Muhammad Ashraf Haikal kerana akhirnya berjaya untuk melebarkan sayap ke sebuah kelab di Munich, Jerman.




Kelab SB DJK Rosenheim di Munich itu adalah tawaran kedua yang diberikan kepada Ashraf apabila pada awalnya tawaran untuk berkelana ke kelab di Sepanyol terpaksa dilupakan kerana masalah visa.

Apa yang pasti, peluang yang diperoleh atlet berusia 24 tahun ini tidak boleh disia-siakan tatkala sukan ping pong ketika ini ibarat suam-suam kuku, lebih-lebih lagi ketika di Sukan Asia Indonesia tempoh hari.

Ashraf akan memulakan kariernya di sana selama tiga bulan terlebih dahulu dan sekiranya dia beraksi dengan baik, kontrak akan disambung lagi tiga bulan.



Penulis sempat bertemu dengan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017 itu pada pagi Rabu sebelum dia terbang ke Munich pada sebelah petang.

Kelibatnya sering saya cari ketika sesi latihan di Bukit Jalil kerana Ashraf satu-satunya atlet ping pong paling senior selepas Muhd Shakirin Ibrahim yang telah pun bersara.

Selepas ini, mungkin hanya ateit muda yang kian meningkat sahaja yang saya akan sentiasa lihat di gelanggang latihan tanpa Ashraf.

Sama-sama kita doakan kejayaan Ashraf di Jerman dan diharapkan atlet ini mampu kembali dengan satu pengalaman berguna demi sukan ping pong negara di tahap yang lebih cemerlang. -stadiumastro



,