Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

AFC 2018 : Lim Teong Kim senarai 13 muka baharu

Image result for lim teong kim nfdpKUALA LUMPUR: Hanya 10 pemain daripada skuad bawah 16 (B-16) tahun yang meraih tempat ketiga pada Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 dikekalkan bagi menggalas misi penting pada Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018, hujung bulan ini.

Pemain terbabit ialah Abdul Alim Al-Amri Ali dan Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri yang beraksi sebagai penjaga gol; Ali Imran Sukari, Mohammad Alias Alan dan Muhammad Danish Ishak (pertahanan); Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo, Alif Daniel Abd Aziz dan Muhammad Syukur Fariz Januri (tengah).

Dua lagi pemain yang dikekalkan ialah Harith Naem Jaineh dan Muhammad Danial Amali yang beraksi di jentera serangan.




Pengendali skuad B-16 negara, Lim Teong Kim sebaliknya memanggil 13 pemain baharu bagi melengkapkan senarai 23 pemain untuk membawa cabaran negara pada kejuaraan benua Asia yang berlangsung di sini.

Bagaimanapun, pemain muda negara yang terpalit dengan kontroversi bendera Indonesia terbalik pada Kejuaraan AFF di Indonesia bulan lalu, Amirul Ashrafiq Hanifah tidak disenaraikan.

Skuad B-16 yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada 20 September diikuti aksi menentang Thailand tiga hari kemudian sebelum melengkapkan aksi menentang Jepun (26 September).

Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan waktu sepak mula pada jam 4.30 petang.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, Malaysia akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang dihuni Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang berlangsung 30 September.

Pemain skuad B-16 yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) berdepan tekanan tinggi apabila perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir untuk mendapat tiket automatik ke Piala Dunia Bawah B-17 yang akan berlangsung di Peru, tahun depan.



Selepas ‘memeram’ skuad utama dengan menghantar skuad kedua untuk beraksi di Indonesia, pentas Kejuaraan AFC B-16 dilihat akan menguji sejauh mana kemampuan mereka beraksi di pentas tertinggi benua Asia itu selain menjadi penentu keberkesanan program NFDP.

Senarai pemain ke Kejuaraan B-16 AFC 2018

Penjaga gol: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Abdul Alim Al-Amri Ali, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri

Pertahanan: Azannis Adzri Abdul Halim, Muhammad Firdaus Ramli, Ali Imran Sukari, Muhammad Hariz Mansor, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Muhammad Raimi Shamsul, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Danish Ishak, Mohammad Alias Alan

Tengah: Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Alif Daniel Abd Aziz, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhammad Syukur Fariz Januri, Harith Haiqal Adam Afkar

Penyerang: Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki, Luqman Hakim Shamsudin, Harith Naem Jaineh, Muhammad Danial Amali



, ,