Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aeril Zafrel dikritik kongsi foto bogel bagi menafikan dirinya

Aeril turut pertahankan tindakannya itu.

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen.

Segelintir mereka berpendapat perkara itu tidak wajar dijadikan alasan bagi membuktikan dia bukan individu dalam foto berkenaan.




“Pasal gambar bogel itu aku rasa betul kata netizen Aeril Zafrel tak perlu kot posted gambar penuh tanpa blur (bahagian kemaluan). Walaupun alasan nak buktikan itu bukan dia sebab tak sunat. Cukuplah jelaskan itu bukan kau.

“Jadi profesional dan bijak kerana pengikut kau sah-sah daripada pelbagai umur dan status,” ujar netizen Keymie Muhamad.

Netizen anggap tindakan itu kurang wajar.

Sebelum itu, suami kepada aktres Wawa Zainal itu menafikan dia adalah individu menerusi foto lucah yang menjadi tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, aktor itu memadam posting berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Sementara itu, pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu mempertahan tindakan yang dilakukan itu adalah bukti dan fakta kepada penafiannya.



Tambahnya, ia juga bagi menepis soalan yang akan ditanya netizen.

“Pernah dengar ungkapan ‘bercakap biar ada fakta. Ada bukti biar jelas?’ Rasa itu diguna pakai dalam semua mahkamah perundangan dan salah satu cara ciri ke atas menghakimi seseorang.

“Selain itu, sebagai langkah menepis persoalan berbangkit seperti, “eh kurang jelas, ada bukti?” ujarnya.

Dalam pada itu mengikut peruntukan bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan seseorang yang menyimpan foto lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – mStar



,