Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita dipenjara rakam gambar model lelaki bogel, ramai marah!

Female protesters call for South Korea's government to crack down on widespread spycam porn crimes at a rally in Seoul on 7 July 2018MAHKAMAH Korea Selatan pada Isnin membuat keputusan mengejutkan apabila menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang wanita kerana merakam gambar bogel seorang model lelaki.

Kes ini mencetuskan kontroversi kerana polis dan mahkamah didakwa bersikap ‘double standard’.

Korea Selatan, yang terkenal dengan teknologi tinggi berdepan isu ‘molka’ atau ‘video pengintip’ yang sebahagian besarnya melibatkan lelaki merakam gambar wanita di sekolah, pejabat, dalam kereta api, tandas, bilik persalinan dan di jalanan secara rahsia.




Jenayah ini yang dilaporkan kepada polis melonjak dari sekitar 1,100 pada 2010 kepada lebih dari 6,500 laporan pada tahun lepas dengan ramai pesalah bertindak berkongsi atau menjual foto dan video dalam talian.

Menurut statistik rasmi kira-kira 98 peratus pesalah adalah lelaki, terdiri daripada guru sekolah dan profesor kolej, kepada pastor gereja dan pegawai polis, manakala lebih daripada 80 peratus mangsa adalah wanita.

Tetapi dalam kes terkini, wanita berusia 20-an itu yang juga model bogel dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana mengambil gambar rakannya dalam sebuah kelas lukisan di Universiti Hongik Seoul dan berkongsi gambar itu di internet pada Mei.

Lelaki itu dilaporkan tertekan selepas orang ramai merendah-rendahkan bentuk tubuhnya dalam talian.

Wanita itu ditangkap beberapa hari kemudian dan diarak di hadapan kamera televisyen manakala polis segera menyerbu rumahnya untuk mencari bukti.



Ramai aktivis menyifatkannya sebagai tindak balas yang tidak jelas dan agresif.

Nilai-nilai patriarkal sangat kukuh di Korea Selatan walaupun dengan kemajuan ekonomi dan teknologinya.

Data negara menunjukkan hanya 8.7 peratus ‘pengintip teknologi tinggi’ dipenjarakan untuk sabitan pertama mereka, dengan kebanyakan daripada mereka hanya dikenakan denda atau digantung.

“Tindak balas polis terhadap kes yang jarang berlaku ini yang mana mangsanya adalah lelaki tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata ketua kumpulan sivik Keganasan Seksual Cyber ​​Korea, Seo Seung-hui.

“Kami jarang melihat mereka bertindak dengan cepat untuk kes-kes yang mangsanya wanita walaupun jumlahnya tidak terkira,” katanya.

Kes model itu yang belum dinamakan menyebabkan perhimpunan wanita secara besar-besaran diadakan baru-baru ini di Seoul, di mana penunjuk perasaan menuduh polis dan mahkamah lebih berpihak kepada lelaki berbanding wanita.

Telefon pintar yang dijual di Korea Selatan mempunyai bunyi yang kuat apabila gambar dirakam, tetapi ramai pesalah menggunakan aplikasi khas yang menutup bunyi itu, atau beralih kepada kamera pengintip berteknologi tinggi yang tersembunyi di cermin mata, pemetik api, jam tangan, kunci kereta dan tali leher. -AFP