Suami tetak hingga putus pergelangan tangan isteri

ANGKARA cemburu, lelaki menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya dalam kejadian di Pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas, hari ini.




Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa, 24, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, susulan daripada itu polis berjaya menahan suami mangsa berusia 39 tahun di sebuah surau di Georgetown, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tingkat tiga kawasan parkir pangsapuri terbabit.



“Kita dapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu suami mangsa yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan (sulit) dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan awal,mangsa telah ditetak oleh suaminya dengan sebilah pisau sebelum suspek melarikan diri dan tiada barang berharga yang hilang daripada wanita itu,” katanya di sini hari ini.

“Suspek mengaku menetak tangan mangsa menggunakan pisau dan mereka dalam proses perceraian,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



Comments

comments