Selepas New York, ‘Dukun’ masuk Indonesia

Image result for filem dukunKUALA LUMPUR: Filem Dukun yang meraih kutipan RM11 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei melakar lagi sejarah apabila bakal ditayang di 33 pawagam di Indonesia bermula esok.

Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata sambutan luar biasa terhadap filem arahan Dain Said itu membantunya menembusi pasaran Indonesia dan beberapa negara lain.




“Sebelum menembusi pasaran negara jiran, Dukun pernah ditayangkan kepada penonton luar ketika menyertai New York Asian Festival di Amerika Syarikat.

“Penerimaan penonton luar memperlihatkan perkembangan sihat industri filem tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan diterima ramai jika dihasilkan dengan baik.



Image result for dukun“Kami berharap filem ini akan mendapat sambutan positif di sana, terutama selepas dimaklumkan penonton Indonesia begitu menanti tayangannya selepas membaca pelbagai ulasan menerusi media sosial,” katanya.

Dukun yang diedarkan Feat Pictures bakal ditayangkan di Jakarta, Depok, Tangerang, Cikarang, Bogor, Bekasi, Serang, Karawang, Bandung, Semarang, Tegal, Batu, Malang, Jember, Bali dan Kupang.

Selain itu, filem yang membariskan Datin Seri Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Namron, Bront Palarae, Elyana, Faizal Hussein dan Soffi Jikan itu turut ditayangkan di Palembang, Medan, Jambi, Balik Papan, Manado, Bau Bau, Makassar, Mamuju, Mojokerto, Pekan Baru, dan Batam.

Najwa juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada beberapa negara lain yang berminat menayangkan filem itu, selain membawa Dukun ke beberapa festival filem antarabangsa untuk dipertandingkan.

Dukun mengisahkan mengisahkan seorang ahli politik, Datuk Jefri, lakonan Adlin yang meminta khidmat Diana (Umie Aida) menjadikan dirinya kebal, selain mahu kerjaya politik cerah.




Comments

comments