Satu penghormatan, dibandingkan dengan Ronaldo – Hamilton

Image result for Lewis Hamilton ronaldoLONDON 7 Ogos – Lewis Hamilton berkata, menjadi satu penghormatan baginya apabila ada pihak yang membandingkannya dengan Cristiano Ronaldo.

Hamilton, juara dunia empat kali dianggap sebagai pemandu Formula 1 terbaik pada ketika ini.




Pelumba Britain itu berharap sekali lagi dapat merangkul gelaran dunia pada musim ini dan dia kini mendahului Sebastian Vettel dengan kelebihan 24 mata sebelum rehat musim panas.

Sementara itu, Ronaldo telah memenangi lima anugerah Ballon d’Or dan dia baharu sahaja berpindah ke Juventus dengan harga 105 juta pound (RM554 juta), bulan lalu.

Di samping seterunya dari Barcelona, Lionel Messi, pemain antarabangsa Portugal itu dianggap sebagai salah seorang atlet terbaik di dunia. – AGENSI



Comments

comments

, ,