Ronaldo mahu bawa rakan baik ke Juventus

Image result for ronaldo marceloCRISTIANO Ronaldo mahu bekas rakan sepasukannya, Marcelo, mengikuti jejaknya dan membuat perpindahan dari Real Madrid ke Juventus.




Ronaldo memuktamadkan perpindahan bernilai £100 juta ke kelab Serie A Itali awal musim panas ini.

Namun, Juventus dapat meningkatkan lagi kedudukan mereka dengan mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu.

Menurut Tuttosport, Marcelo dan Ronaldo dikaitkan dengan sayap kiri untuk Real Madrid sejak sembilan tahun lalu, dan sekarang bintang Portugal itu mahu membawa perkongsian itu ke Itali.



Media sukan Itali itu mendakwa Marcelo mempertimbangkan cadangan untuk mengikut Ronaldo ke Turin.

Bagaimanapun, Juventus hanya berminat untuk membawa masuk pemain Brazil itu sekiranya mereka melepaskan pemainnya, Alex Sandro, yang diintai Paris Saint-Germain. – Mail Online UK/mStar Online

Comments

comments