Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peluang saya tinggi, Ranking dunia bukan ‘jalan’ ke Tokyo 2020 – Azizulhasni

Image result for Azizulhasni AwangKUALA LUMPUR 9 Ogos – Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang menegaskan, peluangnya untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2020 Tokyo masih tinggi kerana proses kelayakan ke temasya itu bukan diukur berdasarkan ranking dunia.

Azizulhasni, 30, juara keirin dunia 2017 dan pemenang pingat gangsa acara tersebut dalam Olimpik 2016 berkata, penjelasan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab bahawa dia sukar layak ke Tokyo 2020 kerana ranking dunianya rendah adalah tidak tepat.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, PKBM sedang mengatur empat kejohanan dalam negara tahun depan khusus bagi membantu Azizulhasni memungut mata dan memperbaiki ranking dunia dalam keirin serta pecut, sekali gus layak ke Sukan Olimpik.




“Saya ingin menjelaskan tentang perbezaan antara ranking dunia dan ranking Olimpik. Lebih banyak kejohanan anda sertai, lebih tinggi ranking dunia anda dan ia tiada kaitan dengan kelayakan Piala Dunia atau Olimpik.

“Ranking Olimpik bermula pada 6 Julai bagi merebut mata kelayakan Tok­yo 2020, untuk Malaysia, mata pertama Olimpik yang berpeluang direbut adalah Siri Piala Dunia bermula di Paris dan Kanada (Oktober), Berlin dan London (November), New Zealand dan Hong Kong (Ja­nuari) serta Kejohanan Asia di Jakarta.

“Kemudian kami menuju ke Kejohanan Dunia di Poland. Jadi, keseluruhannya kami ada enam Piala Dunia serta Kejohanan Benua (Kejohanan Asia), dan yang terakhir Kejohanan Dunia,” kata Azizulhasni dalam Instagram.

Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman turut menjelaskan, sekali pun jika mereka tidak dapat menempatkan diri mengikut ranking utama, masih terdapat ‘jalan’ lain untuk layak.

“Lapan negara terbaik acara berpa­sukan pecut akan dapat dua tiket (individu) keirin dan pecut.


“Kelayakan individu (di luar kelayakan pecut berpasukan) akan dapat tujuh tiket pecut dan tujuh keirin.

“Jika anda dapat tiket keirin, anda dapat tiket pecut secara automatik, begitu juga sebaliknya.

“Keseluruhannya, ada 30 tiket keirin dan pecut, yang mana 14 tiket daripada individu dan 16 tiket pecut berpasukan.

“Jika kita buang negara pecut berpasukan yang kuat seperti New Zealand, Belanda, Rusia, Great Britain, Jerman dan Australia, peluang kami dan Shah Firdaus Sahrom untuk layak ke Olimpik bukan sahaja mampu dicapai tetapi juga tinggi,” katanya lagi.

Azizulhasni berkata, dia telah meng­hubungi Abu Samah untuk mendapatkan penjelasan dan terkejut apabila diberitahu PKBM cuba mendapatkan dana bagi mengatur sekurang-kurangnya tiga perlumbaan Grand Prix di Velodrom Nasio­nal Nilai dengan niat untuk membantunya melayakkan diri ke Olimpik 2020.



,