Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pasangan lesbian didenda, sebat

Related imageKUALA TERENGGANU: Dua wanita dijatuhi hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini, atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta pada April lalu.

Bukan itu sahaja, tertuduh masing-masing berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.




Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah.

Katanya, hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada pesalah serta masyarakat umum.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.

Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.

Portal NSTP sebelum ini melaporkan dua wanita dipercayai pasangan lesbian dicekup di dalam kereta di Dungun sebelum kedua-duanya mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki.

Dalam serbuan 1.50 tengah hari itu, pasangan itu turut mengaku sudah kerap ‘terlanjur’.

Malah, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.