Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jangan kecoh di Facebook soal gaji, Jumpa Kafa dulu

Image result for kelantan kafa gajiKOTA BHARU 13 Ogos – Pemain Kelantan musim ini yang ‘bercakap’ soal gaji di laman-laman sosial tidak akan mendapat bayaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu tidak akan melunaskan bayaran sekiranya ada yang berbuat demikian.

Menurutnya, beliau lebih selesa pemain datang sendiri ke pejabat dan bertemu secara berdepan bagi menyelesaikan isu tersebut.




“Pemain patut datang berurusan dengan Kafa dan bukan menggunakan media, kecuali mereka (pemain) sengaja hendak mencetuskan persepsi yang tidak bagus kepada majikan.

“Sebagai pemain mereka perlu menghormati kontrak kerana masih mempunyai majikan,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin sebuah portal berita melaporkan dua bekas tonggak utama Kelantan, Mohd. Badhri Radzi dan Nor Farhan Muhammad menafikan khabar angin mahu mengemukakan saman terhadap Kafa berhubung isu tuntutan gaji.

Bibi Ramjani memberitahu, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan itu kepada Kafa semata-mata sebaliknya pemain perlu berjuang demi pasukan dan penyokong.

“Cuba tanya pada diri pemain, adakah bermain untuk gaji semata-mata, sebaliknya mereka tahu pengorbanan yang telah dilakukan oleh Kafa.


“Saya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pemain yang belum me­nerima gaji,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut mempe­lawa mana-mana pemain Kelantan supaya bertandang ke pejabat badan induk itu mendapatkannya.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani mendedahkan wujudnya satu gerakkan untuk menuntut hutang lama melibatkan Kafa.

Katanya, tuntutan itu seolah-olah mahu memberikan tekanan kepada Kafa untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan Kelantan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Ada yang datang kepada saya dan menunjukkan mesej (WhatsApp) ada individu yang cuba menghasut pemain untuk me­nuntut hutang.

“Jadi rasanya tidak perlu wujudkan benda macam ini, sebab saya ingin orang yang membantu menyelesaikan kemelut Kafa dan bukan membantu menjadi parasit,” katanya.



,