Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Crocs Tutup Kilang, Kedai Kasut

Image result for crocs factory shopCOLORADO, Amerika Syarikat – Syarikat kasut jenama terkemuka dunia, Crocs mengumumkan mengenai penutupan dua kilang pengeluaran produk syarikat itu pada Rabu lalu, menurut portal MailOnline.




Syarikat itu berkata, sebuah kilang di Mexico dan satu lagi di Itali terpaksa ditutup bagi mengehadkan pengeluaran kasut jenama itu di luar negara selain strategi meningkatkan semula keuntungan.

Pengumuman langkah itu dibuat selepas Crocs bertindak menutup 28 daripada 558 butik kasut itu di seluruh dunia.

Malah, syarikat berkenaan turut berhasrat untuk menutup 132 daripada 539 premis berkenaan menjelang akhir 2018. Bagaimanapun, firma itu tidak mendedahkan secara spesifik mengenai lokasi atau negara yang bakal terlibat.


Crocs berkata, jangkaan perolehan bagi tahun 2018 sekitar AS$1.02 bi­lion (RM4.16 bilion) kurang berbanding anggaran awal AS$1.05 bilion (RM4.3 bilion). Syarikat itu juga mengalami kemerosotan nilai saham.

Ketidakseimbangan syarikat turut mendorong Ketua Pegawai Kewangan Crocs, Carrie Teffner membuat keputusan untuk meletak jawatan berkuat kuasa 1 April tahun hadapan. – Agensi/Kosmo Online