Bayern Munich tidak akan tandatangan pemain sasaran United

Image result for Ante RebicBAYERN Munich tidak akan menandatangani bintang Piala Dunia dari Crotia, Ante Rebic, menurut jurulatih kelab Niko Kovac.

Penyerang Frankfurt itu turut dikaitkan dengan Manchester United dan laluan nampak lebih jelas buat Jose Mourinho untuk memulakan langkah.




Tuttosport pada bulan lalu mendakwa United melancarkan bidaan sebanyak £50 juta (RM263 juta) bagi mendapatkan pemain Croatia tersebut, sementara The Independent pula mendakwa Mourinho telah berpaling kepada Rebic.

Kovac berkata kepada Sport Bild: “Tiada apa-apa antara FC Bayern dan Ante Rebic.

“Dia memiliki personaliti yang kuat dan pemain hebat, tapi (perpindahan) itu tidak masuk akal.

“Ia tidak masuk akal hari ini, dan tidak juga pada esok.”



Rebic, 24, menjaringkan satu gol pada Piala Dunia dan dipercayai berjaya membuatkan Mourinho kagum.

Rebic berkata kepada Goal: “Saya sangat gembira apabila mendengar dan membaca tentang betapa ramainya jurulatih dan kelab hebat yang bertanyakan tentang saya.

“Secara jujurnya, saya rasa saya layak! Saya melalui perlawanan Piala Dunia yang hebat dan musim yang lebih baik bersama Eintracht.

“Ya, saya tahu ada tawaran yang jitu. Saya berhubung rapat dengan ejen saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Team Talk.



Comments

comments