Anggota Polis ditahan didakwa cabul jiran

Image result for cabul tidurSEORANG anggota polis ditahan selepas didakwa mencabul isteri kepada anggota polis lain di sebuah rumah di kuarters polis di Semporna, kelmarin.

Suspek berusia 33 tahun ditahan di rumahnya di kuarters sama beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis.




Sumber memberitahu, wanita berusia 27 tahun itu adalah peniaga makanan secara tempahan dan sebelum kejadian itu, suspek dikatakan ada menempah makanan daripada mangsa.

“Suspek datang ke rumah mangsa kira-kira jam 11 malam untuk mengambil makanan yang ditempahnya sebelum mencabul wanita itu.

“Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama dua anaknya yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai memasuki rumah berkenaan sebaik menyedari suami wanita itu keluar dari rumah.

“Suspek menarik seluar dalam mangsa, sebelum mangsa dapat mengecam suspek lelaki itu adalah jirannya,” katanya ketika dihubungi.



Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

Beliau berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek ditahan pada hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis. Kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul.



Comments

comments