Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sofi Jikan Hilang Kawan, Tiada Lagi Tawaran Lakonan

Image result for Sofi JikanKUALA LUMPUR – Aktor, Sofi Jikan, mengaku tidak lagi menerima tawaran berlakon sejak dirinya dikaitkan dengan isu dadah sehingga ditahan reman, Januari lalu.




Malah Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, berkata insiden terbabit turut memberi impak negatif ke atas perniagaan dijalankannya.

Lebih menyedihkan, dakwanya, ada beberapa tawaran lakonan yang sudah dipersetujui lebih awal akhirnya dibatalkan dan dia sendiri turut dipulaukan kawan.

“Sejak dikaitkan dengan kes terbabit, saya langsung tidak mendapat tawaran berlakon. Malah, tawaran yang ada pun ditarik balik.

“Hendak dikata diri ini disenaraihitamkan, saya sendiri tidak pasti kerana tiada hitam putih mengenainya. Apapun, saya tidaklah sampai nak bertanya apa-apa kepada pihak terbabit kerana saya bukan orang yang sebegitu.





“Apabila berdepan situasi sebegini, barulah saya tahu siapa kawan yang sebenar. Kebanyakan daripada mereka menghilangkan diri. Apabila saya mengirimkan pesanan, tiada jawapan diterima. Tidak mengapa, mungkin mereka tak mahu terbabit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem, Jodoh Syaitan, dan majlis Aidilfitri DA Motion Media, di sini.

Mengenai hubungannya dengan pelakon, Datuk Farid Kamil, yang dikatakan dingin selepas aktor terbabit membuat laporan polis terhadapnya, Sofi akui memang ada pihak yang cuba untuk mempertemukan mereka sebagai usaha menjernihkan keadaan.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster itu menolak untuk berbuat demikian.


“Memang ada pihak yang mahu kami berbaik, tetapi saya tak berminat. Farid juga ada menghubungi saya, namun saya langsung tak jawab. Saya belum dapat menerimanya selepas apa yang dilakukan,” tegasnya.

Januari lalu, Sofi dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu membuat laporan polis terhadapnya. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari.

Sementara itu, menerusi filem arahan Ismail Bob Rahman itu, Sofi memegang watak utama di samping bintang baharu, Aprena Manrose.

Jodoh Syaitan bakal memulakan penggambaran pada 18 Julai ini di sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu. – BH ONLINE



,