Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ritual Hidupkan Kembali Pemuda Maut Dipatuk Ular Gagal

Image result for Rizky Ahmad, 19PALANGKAYARAYA – Seorang pemuda yang maut akibat dipatuk ular tedung selar peliharaannya akhirnya dikebumikan pada petang tadi selepas usaha keluarganya untuk menghidupkan kembali mangsa tidak berjaya.

Media Indonesia melaporkan melaporkan, Rizky Ahmad, 19, disahkan meninggal dunia pada malam Isnin lalu di hospital Palangkaraya di Kalimantan Tengah selepas dipatuk ular tedung selar peliharaannya.




Bagaimanapun, keluarga Rizky yakin pemuda itu hanya koma atau dikenali sebagai mati suri oleh masyarakat Indonesia sebelum membawa mayat mangsa pulang ke rumah dengan harapan dia akan hidup semula.

Bapa Rizky, Suwardi Luyen berkata, dia yakin anaknya masih hidup dan hanya mati suri kerana dadanya masih panas walaupun sudah tidak bernafas lagi.




“Kami masih yakin Rizky masih hidup, mungkin dia hanya koma saja. Kami juga meminta bantuan seorang pawang ular dari Banten yang kebetulan berada di Palangkaraya, untuk membantu kami,” katanya kepada Tribunnews.com.

Pawang ular berkenaan dilaporkan membuat satu upacara untuk menghidupkan semula Rizky namun selepas beberapa hari usaha berkenaan gagal.


Kisah mengenai upacara berkenaan turut menaik perhatian orang ramai yang berkumpul di rumah keluarga Rizky untuk menyaksikan pemuda itu hidup semula.

Usaha keluarga itu turut menarik perhatian seorang ulama yang datang menziarah dan menasihati mereka supaya menerima kematian Rizky serta segera mengebumikan jenazahnya.

“Malam tadi ada seorang habib (ulama) yang datang dan mendoakan arwah. Jenazah kemudiannya dikebumikan pada petang tadi selepas solat zuhur,” kata seorang penduduk, Amir kepada Kompas.com. – Agensi/myMetro Online