Pembantu makmal didakwa bunuh rakan sekerja

Pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Abdul Azhim Mohamad dihadapkan ke Mahkamah TeloKUALA LANGAT – Seorang pembantu makmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan sekerja yang juga seorang pembantu tadbir Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Telok Datok di sini, Rabu lalu.




Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul ‘Azhim Mohamad, 28, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Mohd. Isa Md. Nor.

Mengikut pertuduhan, Abdul ‘Azhim didakwa melakukan kesalahan membunuh sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang wanita Zaimah Mahmod, 57.

Perbuatan tersebut dilakukan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Jalan Abdul Samad, Telok Datok di sini antara pukul 1.30 hingga 3 petang,11 Julai lalu.

Sehubungan itu, Abdul ‘Ahzim didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.





Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd. Isa kemudian menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia dan perubatan.


Kosmo pada Khamis lalu melaporkan, seorang pembantu tadbir wanita mati dicekik dan ditikam sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menemui mayat Zaimah selepas menerima panggilan suspek yang berusia 28 tahun, memaklumkan dia baru membunuh seorang wani­ta kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja. – K!



Comments

comments