Modric mahu berada ‘di puncak dunia’

Image result for modric world cup 2018MOSCOW 8 Julai – Kapten Croatia, Luka Modric muncul sebagai pemain terbaik perlawanan apabila membantu pasukannya meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti menewaskan Rusia namun dia tidak berminat dengan pengiktirafan tersebut sebaliknya mahu meraih gelaran lebih besar lagi dalam kempen Piala Dunia 2018.




Croatia akan menentang England sewaktu aksi separuh akhir Piala Dunia pada Khamis ini manakala Perancis bakal bertemu Belgium dalam satu lagi saingan sama.

“Apa yang paling penting buat saya kini adalah kejayaan pasukan kebangsaan dan mahu meraih kecemerlangan lebih besar.

“Kami sudah mencapai satu pencapaian besar namun kami tetap mahu lebih lagi.




“Dalam separuh masa dan ketika masa tambahan kami mendominasi perlawanan, kami juga sepatutnya menamatkan aksi sebelum penentuan sepakan penalti namun mungkin sudah tertulis di bintang anda harus berdepan lebih banyak drama,” kata Modric.

Dalam perlawanan tersebut penjaga gol Croatia, Danijel Subasic dianggap wira dalam aksi penentuan sepakan penalti biarpun berdepan dengan masalah kecederaan.



Kata Modric, usaha Subasic dalam mempertahankan gawang adalah sesuatu yang mengagumkan terutama ketika sedang berperang dengan kesakitan.

“Dia tetap meneruskan aksi, itu paling penting.

“Saya juga tidak tahu bagaimana ia menjejaskannya namun dia dapat menyelamatkan bola dengan baik malah ketika saya bertanya, dia menjawab OK.

“Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana semuanya berjalan dengan baik,” kata Modric. – AGENSI



Comments

comments