Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mara ke Akhir, Dalic puji karakter pemain Croatia

MOSCOW: Pengendali Croatia Zlatko Dalic memuji perwatakan ditunjukkan anak buahnya ketika bangkit daripada ketinggalan satu gol buat kali ketiga berturut-turut untuk menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia.

Kieran Trippier meletakkan England di depan pada minit kelima di Moscow, tetapi Ivan Perisic menyamakan kedudukan di babak kedua sebelum Mario Mandzukic mengesahkan kemenangan dalam masa tambahan.




Croatia's Ivan Perisic flicked home a cross with an outstretched boot to level the scores at 1-1 in the second half of the World Cup semi final“Kami ketinggalan 1-0 dalam tiga perlawanan berturut-turut, kami menunjukkan karakter dan kami mengulanginya hari ini dalam masa tambahan,” kata Dalic yang skuad kendaliannya menyingkirkan Denmark dan Russia menerusi penentuan penalti untuk mara ke kelompok empat terakhir.

“Kami adalah negara yang rakyatnya tidak pernah berputus asa, yang berpegang pada maruah dan mempunyai karakter. Apa yang dilakukan pemain-pemain hari ini, kekuatan dan stamina yang ditunjukkan, tahap kecergasan mereka, saya mahu membuat pertukaran tetapi tidak ada sesiapa mahu keluar.




Perancis menanti Croatia di final Ahad ini, dengan skuad kendalian Didier Deschamps mempunyai kelebihan sehari rehat dan mengharungi tempoh permainan kurang satu perlawanan.

Croatia pasukan kedua dalam sejarah Piala Dunia terpaksa mengharungi aksi tambahan masa untuk tiga perlawanan berturut-turut, tetapi Dalic menegaskan mereka tidak akan menjadikannya sebagai alasan.



“Kami akan meraikan dan berehat dan kemudian bersiap untuk Perancis. Kami berdepan satu lagi tugasan sukar tetapi kami sudah bersedia.

“Kami mengharungi tambahan masa sebanyak tiga kali, tetapi itu salah kami. Kami tidak menjaringkan gol lebih awal, kami perlu tanya mengapa kami tidak melunaskan tugas dalam tempoh 90 minit.

“Tidak akan ada alasan, kami tidak perlu mengharungi jalan itu. Kami akan bermain seperti ini adalah perlawanan pertama di kejohanan ini. Kami tidak akan mencari alasan,” katanya. – AFP



,