Hamidin Dilantik Presiden FAM Ketujuh

Image result for hamidin famKUALA LUMPUR 14 Julai – Datuk Hamidin Mohd. Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi, hari ini.




Pelantikan Hamidin menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerajui kerusi panas itu yang diisytiharkan pada Kongres FAM ke-54 di sebuah hotel di sini.

Bekas Setiausaha Agung badan induk bola sepak itu menang tanpa bertanding selepas pencabarnya iaitu bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi, membuat keputusan menarik diri. Rasa sungguh kerdil apabila menjadi rakyat marhaen yang pertama memegang jawatan ini. Tugas berat menanti saya.




“Saya beri jaminan tidak ikut telunjuk mana-mana individu seperti dakwaan beberapa pihak demi pembangunan bola sepak negara,” katanya ketika menyampaikan amanat pertamanya selaku Presiden di sini, hari ini. Turut hadir Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menerusi jaminan itu, Hamidin jelas menghantar isyarat betapa beliau bukan sekadar presiden ‘boneka’ yang boleh dikawal dari belakang tabir.



Isyarat itu juga sekali gus menepis persepsi segelintir pihak yang mendakwa dia hanya menjadi proksi kepada individu tertentu yang memiliki agenda tersendiri dalam badan induk terbabit.

“Belumpun saya menduduki kerusi ini, cakap-cakap bernada sinis sudahpun kedengaran. Ada yang mendakwa saya sekadar presiden boneka kerana ada tokoh lain di sebalik tabir yang memegang tali dan saya sekadar mengikut rentak tarinya.

“Tetapi saya beri jaminan tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak sebaliknya, saya akan bertindak sendiri demi FAM dan kepentingan bola sepak secara amnya serta menjalin kerjasama intim dengan semua pemegang taruh,” katanya.

Kerusi panas itu menjadi kosong selepas TMJ melepaskan jawatan tersebut pada Mac lalu.- BERNAMA



Comments

comments

,