England Persiakan Peluang Terbaik

Southgate was seen going around all of his players to check on them, including Jesse Lingard, pictured, who sank to the floor after the matchMOSCOW: Salah seorang penyokong England, Raj Singh berkata, pasukan berkenaan mensia-siakan peluang terbaik untuk mara ke final Piala Dunia selepas tewas 2-1 kepada Croatia walaupun mendahului permainan seawal minit kelima.

“Tak mungkin akan ada lagi laluan mudah selepas ini. Lihat saja pasukan lain yang akan mereka hadapi. Perancis adalah pasukan muda, Brazil juga muda,” kata Raj, warga Kanada yang menyokong England kerana mempunyai saudara-mara di Britain.




Kekalahan berkenaan membuatkan ramai penyokong England menangis, terutama selepas melihat pasukan mereka begitu lancar mengharungi peringkat kumpulan dan kalah mati untuk mara ke kelompok empat terakhir, berbanding Croatia yang terpaksa mengharungi dua penentuan penalti untuk ke separuh akhir.

“Kami mensia-siakan peluang kami,” kata Josh Ogunde, 17, yang menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi layar gergasi di Trafalgar Square di London. “Saya yakin kami akan bangkit satu hari nanti, saya harap saya sempat menyaksikan England memenangi Piala Dunia sebelum saya mati.”





Football fans failed to hide their disappointment as England crashed out against Croatia in the World Cup semi finalSeorang lagi penyokong, Matt Reece yang berusia 25 tahun berkata, England menampilkan persembahan di luar jangkaan berbanding harapan rendah ke atas mereka sebelum kejohanan bermula. Bagaimanapun dia menyalahkan skuad kendalian Gareth Southgate kerana tidak mengambil peluang ke atas laluan mudah ke final di Russia.

“Mereka begitu cemerlang sepanjang kejohanan tetapi akhirnya, peluang terbaik hadir tetapi kami tidak memanfaatkannya,” kata Reece.



Sekiranya berjaya menewaskan Croatia, England akan mara ke final Piala Dunia kedua mereka selepas kali pertama pada tahun 1966 di London di mana mereka menewaskan Jerman Barat untuk muncul juara.

Di Moscow, penyokong-penyokong England keluar dari Stadium Luzhniki dengan linangan air mata dan berpelukan satu sama lain sambil penyokong Croatia meraikan kejayaan di sekeliling mereka.

“Ia adalah perlawanan yang bagus. Croatia berhak menang,” kata Mark Bucher, 50 yang menjangkakan skuad kali ini mampu pergi sejauh ini atau hingga ke final pada edisi seterusnya. – REUTERS



Comments

comments