Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Drama Hiasi Final Piala Dunia 2018

MOSCOW: Pertembungan Perancis dan Croatia malam tadi diwarnai dengan segala rencah membabitkan keputusan kontroversi, penyokong menceroboh masuk ke padang, jaringan gol sendiri pertama di final Piala Dunia, penjaring gol termuda sejak Pele dan aksi komedi penjaga gol.




Perancis menewaskan Croatia 4-2 untuk muncul juara dunia buat kali kedua dalam aksi 90 minit yang pasti akan diingati.

Pada final Piala Dunia sebelum ini jarang menyaksikan jumlah jaringan gol yang banyak yang menyaksikan gol pada perlawanan akhir malam tadi menyamai jumlah gol yang dijaringkan dalam empat edisi terakhir. Kali terakhir final disajikan dengan jaringan lebih dua gol pada 1998 iaitu ketika Les Bleus memenangi Piala Dunia di Paris.

Les Bleus' channelled their inner Gene Kelly as they sang in the rain after being crowned World Cup winners in MoscowJumlah gol itu menyamai jumlah gol tertinggi di final sejak 1958 ketika Brazil menewaskan tuan rumah 5-2 di Stadium, Solna, Sweden.





Ini kali pertama Piala Dunia menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR). Ketika ramai yang marah dengan VAR namun yang bertanggungjawab untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Perancis adalah pengadil Nesto Pitana selepas melihat rakaman video insiden itu berulang kali.

Bekas penyerang England dan kini pengulas bola sepak BBC, Alan Shearer menganggap keputusan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

Ini pentas Piala Dunia yang meriah dengan jaringan gol sendiri dengan jumlah 12 gol keseluruhan. Jadi tidak mengejutkan jika jumlah gol itu disumbangkan pada aksi final.

Tandukan Mario Mandzukic yang cuba mengeluarkan bola sepakan percuma Griezmann meletakkan Perancis mendahului 1-0 dan menjadikannya pemain pertama menyumbat gol sendiri di final Piala Dunia.

Manager Didier Deschamps was hoisted in the air by his France squad as the celebrations began at the Luzhniki StadiumKylian Mbappe adalah pemain remaja ketiga beraksi di final Piala Dunia dan menjadi pemain kedua menjaringkan gol selepas Pele dalam perlawanan menentang Sweden pada 1958.



Dia juga mencuri perhatian ketika menentang Argentina apabila menjadi pemain muda pertama meledak dua gol dalam satu perlawanan Piala Dunia sejak Pele.

Selepas aksi pelik Loris Karius melakukan kesilapan pada final Liga Juara-Juara musim ini, Hugo Lloris juga seperti terikut-ikut dengan insiden itu di Stadium Luzhniki.

Croatia equalised nine minutes later when Ivan Perisic (centre) lashed home with his left-foot from inside the France boxIa berlaku ketika Samuel Umtiti melakukan hantaran ke belakang kepada kapten Lloris dan kapten Perancis itu dengan santai cuba menggelecek Madzukic tapi malangnya bola tolakannya terkena kaki penyerang lawan sebelum masuh ke gawang sendiri.

Kempen Piala Dunia di Russia berjalan lancar sehingga lah sekumpulan pemuzik punk ‘Pussy Riot’ menceroboh ke dalam padang pada perlawanan final sebagai tanda protes kepada pelbagai isu politik negara tuan rumah diketuai Presiden Vladimir Putin. – Agensi



,