Croatia jumpa England di separuh akhir

Croatia will play England in the semi-final after winning the penalty shootout 4-3 against Russia following a 2-2 draw AETSOCHI, Russia: Croatia mara ke separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Russia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas permainan terikat 2-2 pada aksi suku akhir di Stadium Fisht sebentar tadi.




Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi rembatan menarik Denis Cheryshev pada minit ke-31 tetapi Andrej Kramaric, yang tidak dikawal mudah menanduk masuk hantaran Mario Mandzukic untuk gol penyamaan lapan minit kemudian.

Selepas babak kedua berakhir tanpa jaringan, permainan diheret ke masa tambahan dan Croatia akhirnya mendahului menerusi Domagoj Vida pada minit ke-101.





Ketika tiket separuh akhir seakan milik Croatia, Russia bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mario Fernandes pada minit ke-115 untuk mengheret permainan ke penentuan penalti.

Dele Alli made it 2-0 to England after latching on to a Jesse Lingard in-swinging cross and heading the ball homeBagaimanapun kegagalan Fyodor Smolov dan Fernandes menyempurnakan sepakan menyaksikan kempen tuan rumah terhenti di suku akhir.

Terdahulu England mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun selepas tandukan Harry Maguire dan Dele Alli memberikan kemenangan 2-0 ke atas Sweden.


Croatia akan bertemu England pada pertembungan kelompok empat terakhir di Stadium Luzhniki, Moscow pada jam 2 pagi (waktu Malaysia) Khamis ini. – REUTERS

Russia v Croatia

England vs Sweden



Comments

comments

,