Belgium ketiga terbaik Piala Dunia 2018

Image result for belgium 3rd place

SAINT PETERSBURG 15 Julai – Belgium memperbaiki pencapaian mereka dalam Piala Dunia apabila menamatkan kempen di Rusia sebagai pasukan ketiga terbaik selepas menewaskan England dengan keputusan 2-0 sewaktu aksi perebutan tempat ketiga di Stadium Saint Petersburg.



Sebelum ini pencapaian terbaik Belgium adalah menamatkan aksi di tempat keempat sewaktu Piala Dunia 1986 di Mexico.

Dalam perlawanan tersebut dua gol Belgium dijaringkan oleh Thomas Meunier pada minit keempat dan Eden Hazard pada minit ke-82.

Bagi England pula ini adalah kali kedua mereka menamatkan kempen Piala Dunia di tempat keempat selepas aksi 1990 di Itali.




Belgium menewaskan England dua kali dalam tempoh dua minggu selepas menamatkan kemarau 82 tahun dengan mengalahkan seteru sama 1-0 di peringkat kumpulan.

“Ia adalah mengenai pencapaian. Ini adalah catatan terbaik Belgium di Piala Dunia. Pemain berhak menang dan mereka mahu membanggakan negara,” kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

England yang dikendalikan Gareth Southgate pula sekadar menyamai catatan terbaik skuad 1990 mereka di Piala Dunia yang diadakan di luar negara.


“Kami sudah melakukan yang terbaik. Belgium pasukan lebih bagus. Saya tidak boleh menyalahkan rakan-rakan, kami sudah memberikan segala-galanya,” kata kapten England, Harry Kane.

Penyerang Tottenham masih lagi muncul pemain pilihan untuk memenangi anugerah Kasut Emas dengan enam gol tetapi pada masa sama mengaku kecewa apabila gagal menjaringkan gol sepanjang tiga aksi terakhir England.

“Ia membuktikan kami mengharungi peringkat kumpulan dengan baik dan menjaringkan banyak gol. Secara jujurnya, saya kecewa kerana gagal menjaringkan gol pada baki permainan,” katanya.

“Jika saya menang anugerah itu, ia memang boleh dibanggakan.”



Comments

comments