4 mangsa terperangkap di dalam gua diselamatkan

Image result for thailand caveMAE SAI, Thailand – Selepas lebih dua ming­gu terperangkap di dalam sebuah gua yang dinaiki air, empat daripada 13 mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dalam satu misi bersejarah di wilayah Chiang Rai, utara Thailand malam tadi.





“Empat orang telah berjaya dikeluarkan setakat ini,” kata Leftenan Jeneral Kongcheep Tantrawanit.
Mangsa-mangsa yang berjaya dibawa keluar ke pintu Gua Tham Luang itu terdiri daripada pelajar sekolah.
Baki sembilan lagi mangsa iaitu lapan pelajar dan seorang jurulatih masih terperangkap di dalam gua setakat pukul 9.40 malam tadi.

Pihak berkuasa memberitahu, operasi yang bermula sejak pukul 10 pagi semalam sangat berbahaya kerana 13 mangsa berada sejauh empat kilometer dari pintu gua dengan kedalaman sehingga satu kilometer dari permukaan tanah.


Kerja menyelamat baki 9 orang dilakukan hari ini.



Comments

comments