Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Kane Jadi Wira The Three Lions

VOLGOGRAD, Russia: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane muncul wira England apabila meledak dua gol bagi membantu England menewaskan Tunisia 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan G, sebentar tadi.

Tandukan Kane pada masa kecederaan menghadiahkan kemenangan buat skuad The Three Lions selepas kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 sehingga minit ke-90.





Terdahulu, Kane membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-11 tetapi Ferjani Sassi berjaya menyamakan kedudukan buat Tunisia pada minit ke-35.

PEMAIN Tunisia, Ferjani Sassi menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti. – Foto EPA

BENTENG pertahanan Tunisia cuba menghalang sepakan percuma yang diambil pemain England, Ashley Young. – Foto REUTERS



England seharusnya mampu melakar kemenangan lebih selesa dalam perlawanan tetapi skuad bimbingan Gareth Southgate gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

“Saya cukup bangga dengan prestasi rakan sepasukan. Saya fikir kami bermain dengan baik pada babak pertama, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

RAHEEM Sterling (kanan) cuba dihalang pemain Tunisia, Syam Ben Youssef. – Foto REUTERS

“Kredit perlu diberikan kepada semua pemain, mereka terus berjuang sehingga tamat perlawanan. Ia membuktikan kami mempunyai semangat juang tinggi bagi mencapai matlamat,” kata Kane yang juga kapten England.

England akan berdepan Panama yang tewas 0-3 di tangan Belgium dalam aksi kedua, Ahad ini – AFP




,