Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Trump-Jong Un Berjabat Tangan Buat Julung Kali

Image may contain: 1 personBERSEJARAH… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjabat tangan dalam pertemuan empat mata dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Hotel Capella, Sentosa, Singapura.

Perjumpaan kali kali tepat jam 9 pagi waktu Malaysia itu hanya dengan kehadiran penterjemah, dalam sidang puncak yang bermula hari ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih di Washington DC.

Ini disusuli dengan mesyuarat lanjutan dua hala dan jamuan tengah hari oleh delegasi kedua-dua pihak. Menurut kenyataan itu, sidang puncak berkenaan bermula lancar tanpa masalah di sebalik kawalan keselamatan amat ketat.

Trump akan meninggalkan Singapura pada jam 8 malam hari ini, selepas bertemu dengan pihak media. Sidang tersebut, yang merupakan yang pertama antara seorang presiden AS dengan pemimpin Korea Utara





Ia amat bermakna kerana mungkin menentukan masa depan program nuklear Pyongyang, sekali gus keselamatan di rantau Asia Pasifik sejak Perang Korea berakhir dengan hanya pemeteraian gencatan senjata pada awal 1950-an.

Secara teknikal, Korea Utara dan seteru jirannya iaitu Korea Selatan masih lagi dianggap berperang kerana tiada perjanjian damai ditandatangani antara kedua-dua negara Semenanjung Korea tersebut kira-kira 65 tahun lalu.

Penantian bagi pertemuan ini mula memuncak sejak Trump mengesahkan pada 10 Mei bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah dengan mengambil kira faktor keselamatan melibatkan dua pemimpin berprofil tinggi itu.

Dalam pertemuan berasingan antara Trump dengan pegawai kanan Korea Utara, Kim Yong Chol, kedua-dua pihak merundingkan kemungkinan menamatkan secara rasmi Perang Korea, yang berlarutan sejak tahun 1953.



Image may contain: 2 people, people standing“Kita ada membincangkannya, isu menamatkan Perang Korea. Bolehkah anda percaya, kita berbual mengenai berakhirnya Perang Korea yang tidak berkesudahan lebih enam dekad?” menurut kenyataan Trump pada ketika itu.

Washington DC bertegas mahu memastikan agar Jong Un mempersetujui apa yang disifatkan sebagai ‘pelucutan menyeluruh, sah dan mutlak’ bagi senjata nuklear dan program peluru berpandu jarak jauh rejim Pyongyang.

Rombongan AS bagi sesi mesyuarat dua hala yang lebih besar itu akan disertai Setiausaha Negara, Mike Pompeo; Ketua Turus Rumah Putih, John Kelly dan Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton.

Setiausaha Media Rumah Putih, Sarah Sanders; Duta Korea Utara, Sung Kim dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Asia, Matt Pottinger pula akan menghadiri mesyuarat sebelah tengah hari.

Menurut kenyataan Rumah Putih, perbincangan antara AS dengan Korea Utara masih dijalankan dan perkembangannya lebih pantas daripada yang dijangkakan. – Agensi/Mynewshub.cc