Russia hampiri pusingan kalah mati

Russia: Tuan rumah Piala Dunia, Russia semakin hampir untuk mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Tempat Russia di pusingan kalah mati bakal terjamin jika Uruguay tidak tewas di tangan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, malam ini.





Jika Uruguay menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 3-0, ia akan memastikan tempat pasukan dari benua Amerika Selatan itu dan Russia ke pusingan kalah mati biarpun berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

PEMAIN Mesir, Mohamed Salah melakukan percubaan ke arah gawang Russia. – Foto REUTERS

Terdahulu, Ahmed Fathi memberi gol pendahuluan kepada Russia apabila tertampan bola masuk ke gawang sendiri, dua minit selepas babak kedua bermula.

Russia terus mengukuhkan kedudukan apabila meraih gol kedua menerusi jaringan Denis Cheryshev pada minit ke-59 sebelum Artem Dzyuba meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-62.


ARTEM Dzyuba (tengah) meledak gol ketiga Russia. – Foto REUTERS

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang kali pertama beraksi sejak mengalami kecederaan bahu┬áketika final Liga Juara-Juara bulan lalu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-73. – Reuters



Comments

comments

,